السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
2 hari lepas masa b4 nak tidur – saja checking email + macam biasa jadi silent readers pada blog brides to be (b2b). Dulu memang aktif berblogging tapi sejak 3-4 tahun ni, masa tak mengizinkan… Jadi, jadi blog hopping aje lah… Bila dah selesai baca posting entries b2b yg bz dengan wedding preparation tu, tiba2 terpandang ada contest ni kat 1 blog…. Mula2 tu saja nak intai2…. contest apa, ek…. sebab dulu memang rajin masuk juga contest dengan syarat tak ada slogan yg susah2… hahaha… Jadi, bila tengok contest ni ada hadiah pakej fotografi…. wah, bestnyaaa… I likeee! Antara 1 sebab nak masuk contest ni, sedang berkira2 nak hire photographer mana 1 utk majlis nikah + resepsi saya yg budget… Ya, saya bakal pengantin budget…
kalau boleh, saya nak majlis yg sederhana tapi berjalan dengan lancar… Beberapa quotation dah diperolehi dari photographer yg dah ada nama… Huh! Tak mampu rasanya nak hire dia org ni… Dengan ini, bila dah ada peluang seperti ni, saya pun nak mencubalah… Saya taklah begitu pandai nak membuat tafsiran tentang setiap gambar yg telah diambil… cuma ini adalah pendapat peribadi dari kaca mata saya…
Saya dengan gigih telah mem’browse’ kesemua gambar2 yg dah terakam dalam blog Encik Razali ni….. 1 per 1 saya belek2….
Wah, harap2 nanti pada majlis wedding saya,(KALAU saya menang… hehehe) Encik Razali dpt capture gambar2 yang kelasss pada hari bersejarah tu…. [hai budak comot ni, verangan dulu ler ek.... *winks!* ]
Majlis nikah + resepsi dirancang dan diadakan di Kelana Jaya, Petaling Jaya (majlis 2 in 1- nikah+resepsi saya akan lain dari yg lain… Tidak seperti kebanyakan pasangan yg biasa buat tu, majlis nikahnya di masjid dan majlis resepsi di rumah) sebab ruangan rumah saya yg terhad dan memandangkan bonda yg disayangi pun agak uzur, jadi saya memutuskan majlis is a no no utk diadakan di rumah…. Moga impian saya akan dapat direalisasikan oleh vendor yg saya dah ushar2 tu…. Insya-Allah.
Majlis bertandang di Batu Pahat, Johor jika diizinkanNya (ni 1 sebab juga kenapa nak pilih En Razali sebagai photographer… sebab si dia – kampungnya di BP
). Buat masa ni, tiada penetapan tarikh lagi…. Tarikh yg dirancang untuk bernikah adalah by July 2011 sebelum Ramadhan / paling lewat pun selepas Raya Aidilfitri 2011…
Kepada Encik Razali, kalau anda terbaca posting saya, terima kasih …. kalau ada rezeki, kita boleh bekerjasama… Insya-Allah ![]()
Hmmm, lagi apa ya?
Syarat2 penyertaan seperti di posting awal saya dah ikuti semuanya… tapi saya tepek sekali lagilah kat sini :-
When the wedding is. ~> Probably by July 2011 / Sept 2011
The name of the couple getting married. ~> Hanny & Ezzad
Where the wedding will be. ~> Her : Kelana Jaya, Petaling Jaya | Him : Batu Pahat, Johor
jadi meh kita layan gambar2 hasil sentuhan jemari emas Encik Razali….
Check it out : http://blog.mohdrazali.com/
hah, tengok tu, pernah terlintas tak nak ‘sandingkan’ 2 bentuk cincin (eh… betul kan penjodoh bilangan utk cincin ialah sebentuk …) sebelah menyebelah macam ni – Kombinasi warna daripada kuih talam tradisi yg merah menyala dan hijau yg suweeet tu mengancam abis, kan?
Actually, masa intai2 blog Encik Razali tuuuu, gambar ni menarik perhatian saya sebab adik2 ni kan punyalah sporting dan selamba bila pose depan kamera… Siap buat macam majlis sendiri walhal tu majlis orang …cayalah, dik! Hihihi
Cantik, kan gambar ni? Masa godek2 gambo2 kat blog Encik Razali ni, mata ni boleh stop kat sini… teruja dengan warna yg terlakar pada dada langit yg bercampur2 tu… Subanallah! Kalau sekali pandang, mesti ingat lukisan di kanvas…. Kagum dengan kebesaran Ilahi…
‘Tasut’ ni boleh pulak digantung pada lampu dinding ni – biasa kita tengok gambar2 yg diabadikan untuk baju sepersalinan pengantin akan yg digantung pada luar pintu almari dan n di sebelah mesti ‘tasut’nya…kali ni lain pulak …subjek lampu dinding … Encik Razali ni ada daya pemikiran yg tajam dan dpt utk menjadikan / mentransfomasikan sesuatu benda/props yg tak mungkin boleh difikirkan org lain… hmm, agak2nya kalau turn wedding saya nanti, ‘tasut’ tu nak di ‘pose’ kan cam na ek?
[tak apa, it is still a looong way to go...]
Hamparan hijau dan langit yg membiru di mana melatari pemandangan gambar ni buat saya jatuh hati… hmm lepas tu kan – semuanya natural aje… Simple yet nice…
Terlalu byk gambar2 dlm blog Encik Razali ni… tapi tak salah kalau pamerkan hasil kerja Encik Razali ni, kat sini kan…. Dalam peraduan kata, pilih 1 gambar dan nyatakan sebabnya…. Jadi, akhirnya gambar yg kat bawah ni telah tertarik dan menarik tangkai hati… huhuhu….. Sebabnya : saya suka pada alam semulajadi…. dan suka out-door photo shoot, tak kisah sama ada kat tepi pantai/tasik/air terjun (huh, verangan nak photo-shoot kat FRIM), lereng2 bukit2 yg menhijau atau sawah padi pun ok terutama suasana yg mendamaikan…. mungkin sebab saya ni tak suka pada keadaan yg bising/hiruk-pikuk kesibukan di kota…..
Gambo yang mana ek? Meh kita scroll down…
** Mengancam sebab langit yg membiru dan ada awan yg bergumpal2 tuuuuu……






